1949
Sekolah kebangsaan Kebun Sireh telah ditubuhkan hasil usaha masyarakat setempat dengan nama Sekolah Rakyat. Tapak asalnya ialah di atas sebidang tanah yang mana telah dijadikan tanah perkuburan Islam pada masa kini. Segala pembiayaan kos pembinaan sekolah ini ditanggung sendiri oleh masyarakat setempat hasil daripada kutipan derma dan zakat hasil tanaman padi. Penduduk kampung telah bersama-sama bergotong-royong membinanya. En. Othman bin Hussain adalah Guru Besar pertama sekolah ini.

 

1950
Sekolah rakyat ini telah dipindahkan (Blok A) ke tapak sekarang dan sebuah kantin didirikan oleh kerajaan setelah bangunan asalnya roboh akibat dilanda ribut. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada penduduk-penduduk di sekitar kawasan berhampiran sahaja iaitu Kampung Siam, Kampung Kebun Sireh, Kampung Gambir dan kampung-kampung yang berhampiran.
 

1956
Encik Haji Hashim bin Md Isa mengambil alih sebagai Guru Besar sekolah ini.
 

1960
Semasa Encik Harun bin Md. Wali menjadi Guru Besar, sebuah lagi bangunan baru (blok C) telah didirikan. Ini merupakan bangunan yang kedua didirikan.
 

1964
Encik Ismail bin Hasan menyambung tugas sebagai Guru Besar.
 

1969
Guru Besar seterusnya ialah Encik Md. Nor bin Abbas.
 

1978
Guru Besarnya ialah Encik Abu Bakar bin Samah.
 

1983
Pertambahan murid belajar di sekolah ini menyebabkan bilik-bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung penempatan mereka. Oleh itu, Encik Ahmad bin Arshad selaku Guru Besar pada masa itu meminta kerjaan membina bangunan baru.
 

1985
Maka pada tahun ini terdirilah sebuah lagi bangunan tambahan di sekolah ini (Blok B).
 

1987
Sebuah lagi bangunan siap dibina (Blok D). Encik Anwar bin Ibrahim selaku Menteri Pendidikan pada masa itu telah mewakili Timbalan Menteri Pendidikan beliau pada masa itu, Dato Dr. Leo Micheal Toyad untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada 18 Oktober 1987.
 

1989
Encik Suliaman bin Mat menjadi Guru Besar.
 

1992
Pada zaman Puan Faizah binti Zainuddin menjadi Guru Besar, negara sedang menuju era celik IT. Dengan kerjasama PIBG SKKS, sebuah bilik komputer telah diwujudkan. Sebagai permulaan PIBG telah membeli 20 buah komputer dan sebuah ‘Server’ untuk murid-murid belajar dan kenal komputer.
 

1995
Puan Zulani binti Mohktar menjadi Guru Besar.
 

1997
Keputusan UPSR agak cemerlang pada tahun ini berbanding dengan tahun sebelumnya dimana seramai 7 orang murid telah mendapat 5A.
 

1998
Blok bangunan lama dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat (Blok A) di atas tapak bangunan tersebut.
 

2000
Bangunan blok A ini siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini dan murid-murid telah menggunakannya. Seramai 4 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
 

2001
Encik Mohamad Zubir bin Zabidi menjadi Guru Besar. Pada tahun ini sebuah bangunan makmal telah dibina dan murid-murid telah menggunakan ICT dalam pembelajaran mereka.
Pencapaian UPSR tahun ini adalah seramai 7 orang murid mendapat 5A.
 

2002
Banyak pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar, pihak sekolah sertai. Mendapat sagu hati dalam keceriaan landskap yang dianjurkan oleh MPSP.
Pencapaian UPSR tahun ini adalah seramai 7 orang mendapat 5A.
 

2003
Murid semakin bertambah iaitu berjumlah 809 orang. Tumpuan diberi kepada kecemerlangan akademik. Kelas malam anjuran PIBG diadakan . Seramai 14 orang murid mendapat 5A dalam UPSR. Keceriaan sekolah diperhebatkan.
 

2004
Kegiatan peningkatan akademik dipertingkatkan lagi. Kelas malam anjuran PIBG diadakan. Encik Mohamad Zubir Zabidi bersara pada pada April 2004. Kekosongan jawatan beliau diisi oleh Puan Salimah Abdullah pada I Jun 2004. UPSR pada tahun ini adalah seramai 4 orang mendapat 5A. Jadual anjal diperkenalkan. Murid-murid membawa buku mengikut keperluan jadual.
 

2005
Puan Salimah bt Abdullah menjadi Guru Besar. Pada tahun ini tahun kecemerlangan aktiviti kokurikulum. Seramai 5 orang murid mendapat 5A.
 

2006
- Tahun ini merupakan tahun perubahan ke arah Sekolah Bestari.
- Peratus lulus murid UPSR meningkat dari 63.6% kepada 69.4%.
- Seramai 7 orang murid mendapat 5A.
 

2007
Puan Nazirah Bt Yeop menjadi Guru Besar.Pada tahun ini Puan Guru Besar meneruskan perancangn aktiviti akademik yang ditinggalkan oleh Puan Salimah Bt Abullah. Terdapat banyak pembaharuan telah dibuat oleh Puan Guru Besar iaitu:
 

1. Bilik J-Qaf
2. Bilik Pendidikan Moral dan bahasa Tamil
3. Bilik Kesihatan
4. Bilik Sumber
5. Bilik Pemulihan
6. Tandas guru di Blok D
7. Padang Sekolah.